Jul 13, 2018

Sommerkurs di Jerman Part 5: Melawat Sekolah. Aku Sesat Ke?

Kesinambungan cerita aku di bumi Jerman: Sommerkurs di Jerman Part 4: Jelajah Kedai Runcit. Kali ni aku nak cerita pasal sekolah menengah yang kitorang lawat di Treuchtlingen.

Seriously memang aku tak sangka aku boleh terlajak tidur. Waktu ni gelabah gila. Kang kalau tak pergi, confirm balik nanti kena marah dengan Lubko (lecturer aku). Waktu aku mandi, dengar lagi suara budak-budak ni kat bawah. Lepas sudah je aku mandi, sunyi sepi. Memang aku dah agak, diorang semua dah gerak pergi sekolah.

Berbekalkan peta ni lah aku gigh cari sekolah tu.

Berbekalkan peta kawasan Treuchtlingen yang aku dapat, aku gigih cari sekolah tu sendiri. Tapi tak jumpa! Call member-member pun takde siapa yang angkat. Mungkin tengah sibuk buat aktiviti kat sekolah tu. Ikutkan hati, nak je aku patah balik. Aku try whatsapp dalam group. Takde siapa balas. Tapi bila sampai pertengahan jalan, ada mesej masuk. Rupanya ada dua orang junior aku yang sama kes macam aku: terlajak tidur.

Bila sampai kat sini aku terus lost.

Plan dengan diorang, nak jumpa kat area taman. Diorang tahu lokasi sekolah tu. Fuhh! Nasib baik. Lepas masuk sekolah, akhirnya jumpa jugak dengan geng-geng lain kat situ. Tapi ada satu sesi interview dengan pelajar kat situ yang aku terlepas.

Kat sini kitorang dibawa melawat sekeliling sekolah. Tak sepenuhnya, tapi dapat jugak lah aku tengok sedikit-sebanyak suasana sekolah Jerman ni macam mana. Kitorang masuk kelas, cikgu bagi penerangan, pelajar sembang dengan kitorang, melawat makmal. Kat sini pakaian bukan formal macam kat Malaysia. Alah. Macam citer Disney tu. Diorang pakai baju dan seluar biasa je.

Fokus diorang dengar explanation.
Classroom. Tapi aku tak tahu kelas apa dalam ni.
Kat luar kelas. Tempat diorang bersukan.
Senarai pelajar.
Kitorang masuk kelas ni. Student pun berdiri.

Sebenarnya aku agak confius dengan sistem pendidikan kat Jerman ni. Berdasarkan apa yang aku faham, sekolah ni sekolah menengah (secondary school). Nama sekolah ni Senefelder - Schule. Sekolah ni kiranya macam sekolah harian biasa kita kat Malaysia (bukan SBP, MRSM, mahupun SMA). Sekolah ni dalam kategori Kooperative Gesamtschule (comprehensive school). Maksudnya, sekolah menengah yang pengambilan pelajarnya bukan berdasarkan keputusan akademik.

Sekolah ni ada Mittelschule@Hauptschule, Realschule, dan Gymnasium (bukan gym tempat mensadokan diri tu). Mittelschule ni pelajar boleh masuk lepas tamat belajar sekolah rendah. Realschule pulak mula dari umur 10 - 11 tahun dan tamat pada umur 16 - 17 tahun. Bila tamat belajar kat Realschule, diorang boleh masuk Gymnasium. Gymnasium ni macam matrik/asasi/STPM. Macam sekolah yang mana pelajarnya buat preparation untuk masuk universiti. Ada exam dan dapat sijil Abitur. Dan sijil ni lah yang akan digunapakai untuk masuk universiti nanti.

Lepas tu, Lubko ada inform yang kitorang kena prepare topik/presentation pasal Malaysia kat pelajar sekolah tu:

  • Essen (makanan)
  • Kleidung (pakaian)
  • Spiel (permainan)
  • Feier (perayaan)
  • Sprache (bahasa)

Team aku dapat Essen. So, kitorang kena buat topik pasal makanan di Malaysia untuk dibentangkan kat pelajar sekolah. Kitorang diberi masa sehari untuk prepare.

Masanya telah tiba..

Hari kejadian. Kali ni aku pastikan yang aku tak terlajak tidur lagi. Bahkan, aku antara yang paling awal bangun. Barang-barang yang perlu dibawa dah sedia dari malam tadi. So, hari ni semua bersama-sama gerak seiringan pergi sekolah.

Sampai je sana, kena setup booth. Meja, kerusi semua dah ada. Just hidangkan makanan.

Lecturer aku dan yang lain buat persiapan.
Menu team kami. Bookmark tu aku gigih buat malam sebelum kejadian. Ada yang nak beli. Padahal tak jual pun.
Tengok tu. Potong cekodok kat sini je. Terbaik lah chef.
Essen aus Malaysia (makanan dari Malaysia).

Mula-mula macam takde orang. Tapi tiba-tiba booth kitorang kena serbu macam zombie. Sebab tak silap waktu tu waktu rehat atau waktu gap kelas. Pelajar sekolah berebut-rebut rasa makanan dari Malaysia. Simple tapi sedap gitu. Cekodok makan tema kitorang. Ada cekodok pisang, cekodok manis, cekodok sayur, dan cekodok bawang. Ada jugak serunding dan nasi himpit. Semua licin dibedal. Cikgu-cikgu Jerman pun makan sekali. Malu pulak rasanya. Even just cekodok, ramai yang puji dan ni first time diorang makan. Masing-masing tak percaya bahan utama cekodok adalah tepung gandum. Serunding pulak, mostly kata pedas. Memang tak dinafikan. Taste buds orang Jerman ni lain. Pernah sekali lecturer Jerman aku, Lubko, makan nasi lemak. Dia kata sambal nasi lemak tu pedas sangat dan terus dia minum air. Padahal sambal tu bukan kategori pedas secara umumnya.

Team Essen.
Team Spiel.
Team Sprache.
Team Kleidung.
Team Feier.
Awek Jerman. Hehehe.
Gigih diorang prepare.
Tengok tu. Kena serbu.
Best dapat makan-makan.
Dapat sambutan hangat walapun sekadar cekodok.
Siap ada slide presentation lagi tu.
Orang Jerman main ceper.
Yang ni pulak main guli.
Periksa duit asli ke palsu.
Haziq dengan peace nya.
Cikgu pun makan sekali.
Amacam? Cun tak?
Tengok. Licin cekodok. Tinggal serunding je sebab pedas sangat kata diorang.
Fokus tu penting.
Kita tengok siapa yang menang.
Excited betul diorang main.
Main cantum-cantum pakaian. Kreatif kan?
Berbaju Melayu, bersongkok hitam.
Hishh Lubko aku ni.

Banyak benda yang aku belajar hari ni. Mostly dari segi komunikasi. Ye lah, nak tak nak kena cakap bahasa Jerman. Diorang tak semua yang faham bahasa Inggeris dan takkan nak cakap bahasa Melayu pulak kan? Lagi lah diorang tak faham.

No comments :