Apr 14, 2020

Penangan COVID-19.


Hari ni masuk hari ke-28 PKP sejak dikuatkuasakan pada 18 Mac 2020 lepas. Sepanjang larangan keluar rumah ni, mostly aku gunakan masa yang ada dengan buat aktiviti yang agak berguna la jugak selain menghadap laptop dan TV.

Berdasarkan maklumat daripada Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM), COVID-19 ni merupakan famili virus yang menyebabkan pelbagai penyakit dari selesema hingga ke arah penyakit yang lebih teruk. Virus ni akan serang sistem pernafasan manusia. Tapi yang pasti, virus ni tak sama dengan influenza biasa yang kita dengar tu.


Aku pasti semua tahu virus ni berpunca dari pasar basah di Wuhan, China. Kajian mendapati punca virus ni adalah daripada kelawar yang diorang jual kat sana. Tapi setakat yang aku tahu, kajian ni masih lagi dilaksanakan untuk mengenalpasti dari mana punca virus ni benar-benar berasal.


Sejak bulan 2 haritu, kerajaan telah laksanakan PKP iaitu Perintah Kawalan Pergerakan. Tujuannya simple je. Untuk halang penyebaran virus ni. Sebab COVID-19 ni boleh berjangkit melalui droplet atau titisan, sama ada dari hidung ataupun mulut. Sebab tu lah kalau nak keluar rumah, kena pakai mask.

Pihak polis dan askar mengawal di sepanjang jalan.

Setakat ni ada 2 fasa PKP ni:
Fasa 1: 18 Mac 2020 - 31 Mac 2020
Fasa 2: 1 April 2020 - 14 April 2020

PM mengumumkan perlanjutan tempoh PKP.

Disebabkan virus ni masih lagi bermaharajalela di Malaysia, esok PKP fasa ke-3 bakal bermula, dari 15 April 2020 hingga 28 April 2020. Sekarang ni, sentiasa ada pertambahan pesakit yang positif virus ni setiap hari. Bezanya mungkin hari ni sikit, esok banyak, dan lusa sikit balik.

Harapnya, cepat-cepat lah selesai penyebaran virus ni. Aku pun dah kematu duduk lama-lama dalam rumah. Nak keluar tak boleh melainkan ada urusan penting macam nak ke kedai beli barang atau ke hospital. Tapi tu lah, nak keluar pun risau sekarang ni. Bukan risau polis-polis atau askan-askar yang berkawal, tapi risau dijangkiti virus dalam tak sedar.

Sumber: 1|2|3|4|5|

No comments :