May 31, 2011

Hari yang penuh MAKNA...

Esok adalah hari yg sgt penting bagi kami facilitator MINDS 2011(Minggu Induksi Siswa), untuk HSK(Hari Suai Kenal). Bermulanya pagi esok, student2 diploma akan datang daftar kat u aku. Lebih kurang 488 student baru yg akan daftar esok. Mmg rasa gementar gler ar mlm ni. Aku xpernah pon jadik fasi sblm ni. Aku lam unit teknikal dan siaraya. So, aku n the geng perlu pastikan semua alatan2 n barang2 teknikal lam keadaan baik sepanjang program. Kena merayau2 la lam kompleks sukan 6t(pendaftaran wat kat ctu).

Malam ni xde post mortem(meeting tuk update perkara2 baru). So, ni la peluang aku nak try ciapkan assingment yg menggunung ni. Makin lama makin bertambah kerja. Malam ni jugak ingat nak tdo awal sbb esok kena bangun awal2 pagi. Kul 7.30 da kena ada kat kompleks sukan. Nak kena pastikan semua barang2 ok for the last time. Harap semua berjalan lancar esok.

Entah per yg akan berlaku esok pagi. Maybe macam2 bley berlaku. Yelah...bila da ramai2 ni kan. Mmg time aku baru nk daftar dulu pon pernah alami bnyk masalah. Tak tau nk parking kat mana, tak tau asrama kat mana n macam2 lagilah. Tapi nasib baik der fasi2 yg tolong. Time tu diorang mmg bertungkus-lumus wat keje.

Bila pikirkan semula, rindu plak aku kat rumah. Rindu kat famili aku. Dulu time daftar, parents aku n kawannya yg antar. Kami terpaksa bertolak dari rumah lam kul 4 pagi coz nk kena ada kat u lam kul 8 pagi.

Ape2 pon, aku betul2 harap esok semuanya berjalan lancar. Kalo der masalah, harap masalah tu dapat diatasi sebaiknya. Masing2 da bertungkus-lumus prepare tuk program ni dari awal lagi. So, harap usaha kami slama ni berbaloi n membuahkan hasil. FIGHTING!!!

May 30, 2011

Suju M, korang memang TERBAIK!!!


Akhirnya Suju M dah completekan show kat Putrajaya malam 28hb lepas(tapi Donghae ngan Siwon xde). Waaa...ape2 pon Best giler kalo bleh pegi. Nak sangat aku pegi! Tapi at least aku dapat dengar opening show diorang. Haha...time tu aku call kakak aku(kakak aku pegi kat sana!!!) Dapat la aku dengar lagu Perfection. Tak terkata aku time tu. Rasa cam nak menjerit2 n menari jer. Walaupon show tu agak lewat, tapi berbaloi gak ar fans diorang yg tunggu dari petang(mungkin ada yg dari pagi pagi).

Tapi sekarang ni tengah rancak cerita kes artis Malaysia kita yg xpuas hati ngn Suju M ni. Pasal toilet la...ntah pape...korang bley refer blog ni kalo nak tahu.

Rasanya ape komen korang lepas tau pasal kes ni? Sakit hati? Ntahla...aku xnak komen banyak2...xnak wat publisiti murahan...Ape2 pon, Suju M TERBAIK!!!

May 28, 2011

Boy Friend vs Boy Friend

Entry kali ni aku nk cerita sket pasal boyband baru dar korea ni iaitu Boy Friend yg baru debut secara rasmi 26hb 5 ari tu.



1. No Minwoo
Umur : 15 tahun
Tarikh lahir : 31 Julai 1995

2. Jo Kwangmin
Umur : 16 tahun
Tarikh lahir : 24 April 1995

3. Jo Youngmin
Umur : 16 tahun
Tarikh lahir : 24 April 1995

4. Lee Jeongmin
Umur : 17 tahun
Tarikh lahir : 2 Januari 1994

5. Kim Donghyun(ketua)
Umur : 22 tahun
Tarikh lahir : Februari 21 1989

6. Hyunseong
Umur : 17 tahun
Tarikh lahir : 9 Jun 1993

May 25, 2011

It's Our Destiny, Suju M...

Konsert percuma Super Junior M 28 Mei


27/04/2011 7:27pm
PUTRAJAYA — Kumpulan muzik terkenal dari Korea, Super Junior M, akan mengadakan konsert percuma pada 28 Mei ini sempena Himpunan Sejuta Belia di sini.
Menteri Belia dan Sukan, Datuk Seri Ahmad Shabery Cheek berkata, konsert itu bertujuan menarik lebih ramai belia menyertai sambutan yang akan berlangsung dari 27 hingga 29 Mei.
Beliau berkata demikian ketika berucap pada majlis prapelancaran tiga segmen sempena sambutan tersebut iaitu Segmen Modal Insan, Segmen world Youth Fantasy dan Clash of the Bands, di sini hari ini.
Menyentuh segmen-segmen tersebut, Ahmad Shabery berkata di bawah Segmen Modal Insan, sebanyak 26 aktiviti dirancang termasuk khutbah Jumaat khas, Karnival Angkatan Tentera Malaysia, Karnival Polis Diraja Malaysia, Pesta Buku/Majalah dan Festival Amal Islami.
"Seramai 1,500 anggota tentera dan 500 anggota polis dijangka melibatkan diri dalam segmen ini, tidak termasuk jumlah anggota yang akan bertugas di setiap lokasi acara. — Bernama
Dipetik dari Kosmo! Online.

Sedihnyer xdapat pegi tgk konser Suju M nanti...hanya tinggal beberapa hari jer lagi. Aku xdpt pegi coz kna bg komitmen kat FAST MINDS II sekarang ni. Hujung minggu ni jadual aku mmg full ngn gerak kerja unit aku. Aku di bawah Unit Teknikal dan Siaraya. So, mmg perlukan bnyk masa utk deal barang2 n peralatan ngn pihak atasan. Kalo ikutkan mmg aku nk sangat tgk konsert Suju M tu 6t. Adoss...6paknya aku trpaksala follow melaui internet jer. Kpd ELF yg dapat pegi tu, BEST ar korang. Jelez aku.

May 24, 2011

SEGMEN KREATIF BEN ASHAARI KEMBALI

Hmm...ok la...secara jujurnya aku pon xtahu saper Ben Ashaari...sori yer...coz aku ni blogger baru...n just minat Kpop...tapi yg menariknya blog beliau ni mmg banyak follower(adoss jelez aku). Tgk blog beliau ni cam xde sal Kpop jer...so, that's ok. Beliau skunk ni tgh carik seramai mungkin blogger. Nak tau knaper? Just klik SINI.


May 23, 2011

Terima kasih banyak-banyak!

DAEBAK!!!


Hepi aku rasa skrg...makin lama makin bertambah follower aku. Kali ni dah mencapai angka 50. Kenapa korang follow aku ekk??(aper soklan yg aku tanyer ni?) Ape2 pon aku just harap korang akan terus belek2 blog aku ni. Aku akan sedaya-upaya update dr semasa ke semasa.

So, kt cni aku nk ucap terima kasih kpd anyss syuhada coz jadik follower ke-50 aku.

May 22, 2011

Kpop da BEST!!!

Wahh...sejak akhir2 ni banyak jugak artis Kpop yg kuarkan lagu baru. Memang best la lagu2 diorang ni. Walaupon aku mmg bz giler skrg tapi lagu2 Kpop ttp akan aku dgr. Antara lagu yg aku kategorikan sbg BEST adalah :

Fiction - B2ST

Lonely - 2NE1


Take off - 2PM

May 20, 2011

We Are FIGHTING!!!


Memang dah lame aku xupdate blog ni. Bz betul akhir2 ni. Aku just sempat usha2 blog followers yg laen jer. Kali ni aku nk citer pasal pengalaman aku sepanjang 4 hari kat Dusun Eco Resort Bentong Pahang. Aku pegi kat cni coz ada kem bagi bakal2 fasilitator MINDS(Minggu Induksi Siswa) 2011. Nama kem ni FAST MINDS(facilitator training MINDS). Kalo ikutkan mmg aku tanak pegi. Yela...skrg ni tgh sibuk ngn study. Kelas ganti makin bertambah. Test banyak. Assingnment plk mengggunung. Aduhh...kalo bukan sbb tujuan ikhlas aku nk tolong adik2 yg bakal masuk kat u aku ni, dah lama aku lupakan psal nk jadik faci ni. LETIH xpayah cakap la...sepanjang hari ada jer aktiviti.

[13 MEI 2011]
Perjalanan ke sana dari Kuantan amik masa hampir 3 jam. Seramai lbh kurang 132 org bakal faci pegi lam 3 buah bas. Lam bas tu aku xtau nak wat per. So, aku just dgr je la lagu2 Kpop yg de lam hanset. Sampai bateri pon da low. Smpai kat Dusun Eco Resort tu, kitorang perlu berjalan mndaki jalan yg 40 degree menghala ke atas. Perjalanan tu amik masa 15 minit. Aduhh...lenguh kaki ni. Sepnjng hari pertama tu mmg cukup meletihkan walaupn xbnyk aktiviti lasak.

Malam tu kitorang perlu tidor kul 11.59 malam. Tapi aku yg rasa xngantuk time tu masuk lam surau n terus wat assignment Bahasa German yg menggunung ni. Selain tu, aku just nk charge hanset aku ni yg mmg langsung xhidup ni(line plak xde kat cni). Tapi malangnyer, staf2 yg bertugas lam tu nampak aku kat surau. Sepatutnya bakal faci xdibenarkan keluar bilik lepas kul 12 malan kecuali betul terpaksa(aku rasa aku ni dh cukup terdesak nk ciapkan assingment coz 2 hari lpas balik kem nanti kne antar assignment). So, trpksa la aku msuk bilik n tdo.

[14 MEI 2011]
Hari kedua just bnyk ceramah lam dewan. Some ceramah tu best n some membosankan. Time tu la ramai bakal2 faci yg da trangguk2. Tak trkecuali aku. Haha.

[15 MEI 2011]
Pagi hari ketiga ada kejutan utk kami. 2 org bakal faci(perempuan) dikatakan hilang. Ramai yg xtau mengenai ni even bdk2 pompuan. So, kitorang dibasuh cukup2 time tu sbb xtanya khabar kawan2 sendiri. Waktu tu jugakla nama aku naik! Memalukan betul. Ye la sebab aku xbagitau malam pertama aku kat cni kat roommates aku yg aku turun surau utk study. Tentang 2 org yg hilang tu, tu just GIMIK semata2. Ni just nk bagi pengajaran tuk kitorang supaya sentiasa berkomunikasi ngn kawan. Tahu tntg masalah kawan2. Aduhh...GIMIK jer lebih...tapi bagus gak. At least kitorang da terima satu pngajarn yg sgt brguna.

Hari ketiga banyak aktiviti outdoor. Aku lam group 10. Mana goup kitorang Ben10, berkapasiti 7 org lelaki n 6 org perempuan. Pagi tu group kitorang kena main kutip bola pingpong la kolam air. Sorang lelaki n sorang perempuan yg kena cari bola2 tu lam keadaan mata ditutup ngn kain. So, ada yg kena bagitau budak2 aper mana arah bola tu lam. Ben10 ni penuh bersemangat time tu. Lepas tu ada Flying Fox. Huh...ni first time aku main benda tu. Best! Nasib baik aku xrasa takut time tu. Petang tu ada aktiviti rempuh halangan. Time ni la semangat kerjasama Ben10 diuji. Kitorang mmg sesangat tunjukkan semangat kerjasama time tu. Terharu betul aku tgk. Malam tu yg bestnyer de BBQ. Aku mkn banyak waktu tu. Ye la...lapor...

[16 MEI 2011]
Hari keempat merupakan hari terakhir kami kat cni. Ada la sket ceramah motivasi pagi tu. Tengah hari tu, ada aktiviti penyampaian hadiah. Ben10 menang 2 hadiah. Hadiah pertama tu bagi kutip bola pingpong lam masa paling singkat. Dapat empat ke-3. Hadiah ke-2 plak utk johan keseluruhan, yg dinilai dari aktiviti awal sampai akhir. Ben10 POWER!

Ape2 pon aktiviti ni kira ok la...ada baiknya n ada buruknya. Tapi ada lagi FAST MINDS yg ke-2 akan datang. Aduhh...PENAT!
Ni ader bebrapa gambar yg diambil time kem tu.


May 3, 2011

Hilangkan Boring...Jom Jenjalan!

Semalam aku n kengkawan pegi jalan2 ke Kuantan. Aku actually time tu just nk pegi beli tiket bas coz nk balik rumah hjg minggu ni. Biasanya aku akan ke kuantan naik bas universiti, takpon bas luar yg masuk cni. Tapi tunggu punyer tunggu, bas u aku xdtg2...maybe pemandu cuti hari pekerja kot. Pastu kol la bas luar...pemandu tu cakap bas akan datang cni kul 2 lebih...huh...lame gler. Aku n kawan aku sorang ni da tunggu sjk kul 12.30 tgh hari lagi. So, trpaksala naik bilik smula...

Tapi xlama pastu, kawan aku yg laen ajak kitorang jalan2 ke Kuantan ngn kawan lama dia. So, nk wat camner, terpaksala aku follow jer. Lagipon aku pikir2, lebih baik pegi ngn diorang, naik kereta, daripada naik bas. Hari tu plak ada Jom Heboh kat Kuantan. Da tentula sesak gler 6t kalo naik bas.

So, tepat kul 2.10 ptg, kitorang bertolak ke Kuantan. Aduss...sesak gler jalan! Biasanya kalo naik kereta ke Kuantan amik masa lbh kurang 30 minit. Tapi kali ni hampir 2 jam! Sedey2...

Kitorang sampai just lam kul 4.00 ptg kat Kuantan...Lpas siap2 semua, lam kul 5.00 ptg kitorang pegi kat Pizza Hut. Ni ade beberapa keping gambar yg xseberapa yg sempat diambil.


Lps habis makan2 kat Pizza Hut, kitorang round2 jap East Coast Mall. Usha2 pakaian, kasut, n buku2 sampailah kul 6.30 ptg. Argghh...time nak kuar dari ECM tu plak jam! Nasib baik sempat gak singgah Jom Heboh. Time tu da dekat nk konsert dah. Kawan2 aku ni cbuk beli barang2 kat sana. Lam kul 10.30 malam kitorang sampai kat u.

p/s: Hari tu best gak ar...leh jalan2. Lagipon da lama xkuar jalan2 ngn kawan2. Yang kelakar nyer most kawan2 aku ni sakit perut coz banyak sgt makan kat Pizza Hut...