Dec 28, 2012
Aku dah beli buku Diary of a Wimpy Kid.
By: Ichi Fighting
Friday, December 28, 2012
3 Comments
Hari rabu aku datang Pekan ni nasib baik cuaca ok lagi walaupun hujan turun. Dengar citer lepas aku lalu kat Kemaman time tu banjir. Nasib baik aku sempat lepas sebelum air naik. Waktu aku duk kat rumah takut jugak bila tengok berita yang Kuantan banjir. First time ke banjir? Tak tau pulak aku sebab setakat aku ada kat sini nak masuk 3 tahun, tak pernah pulak dengar Kuantan banjir.
Apa-apa pun sepanjang aku duk kat rumah hampir seminggu, kerja yang aku buat: baca buku. Bukan buku rujukan. Memang tak bawak balik. Aku baca buku Diary of a Wimpy Kid yang aku beli kat Popular. Lepas berulang-ulang kalu aku tengok filem, akhirnya dapat jugak aku baca buku. Ada tujuh siri. Aku beli ketuju-tujuh buku. Untuk saper-saper yang minat citer ni memang tak rugi kalau baca buku ni.
| Buku satu hingga enam. Satu set aku beli. |
| Ni buku terbaru. Terbit bulan November hari tu. |
| Antara kandungan dalam buku ketujuh. |
p/s: aku tak study lagi untuk final exam ni. Huwaaa...
Penukil tersohor:
Ichi Fighting
pada
Friday, December 28, 2012
Labels:
Diary of a Wimpy Kid
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)