Showing posts with label German. Show all posts
Showing posts with label German. Show all posts

Oct 18, 2012

Seharian jalan-jalan kat tempat orang: GMI & Taman Botani(lagi???).

Pintu depan dewan pameran.

Selasa lepas aku pergi GMI. Kat sana ada pameran imej yang satelit amik. Pukul 3.45 pagi bertolak pergi sana. Mengantuk lagi time tu. Tapi tak kesah sebab sambung tidur dalam bas. Sampai kat sana terus masuk dewan pameran.

An ocean of plastic, Spain.
Tempat buat udang kat Thailand.
Peace! Suke je budak-budak pompuan bila amik gambar.

Lebih kurang 11.30 pagi perasmian berakhir. Lepas tu pergi makan kat kafe. Dah tak tau nak buat apa sebab pukul 2 petang bas datang amik, aku dan kengkawan tidur kat masjid GMI. Rugi pulak tak pusing-pusing GMI.

Pemandangan hostel student GMI.

Aktiviti seterusnya kat Taman Botani Putrajaya(dulu dah datang kat sini dengan lecturer German. Time tu tak ramai student. Kitorang pusing-pusing Taman Botani ni). Disebabkan sampai waktu petang, memang panas membakar duk kat sini. Nasib baik ada pokok-pokok. Sejuk la sikit. Kitorang kena buat group, lebih kurang 4 orang satu group. Kena pikir satu perkataan dalam bahasa German, pastu buat sajak ataupun cerita.

Kat Taman Botani dah ni.
Semangat pikir nak reka ayat.
Yang group aku punyer.

Lepas asar kitorang bertolak balik ke UMP. Singgah jap kat Genting Sempah, makan kat sana.

Makan kat McD je.

Memang penat sangat. Tapi lega semuanya selesai tanpa masalah.

Oct 12, 2012

Masa terus berlalu. Rindu nak belajar dengan lecturer German!

Bergambar dengan Prof. Scherf, subjek Simulation.

Sekarang ni dah masuk 2 minggu kuliah aku dengan lecturer kat sini. Sebulan sebelum tu lecturer German yang ajar. 2 orang. Bukan ajar bahasa German lagi. Kali ni ajar subjek Microcomputer Technology dan Simulation. Best lecturer dari German ni ajar. Totally different from common lecturers here. Diorang nak kitorang paham subjek yang diajar. Diorang bagi assignment, kitorang buat. Kalau tak paham tanya. Diorang boleh tunjuk ajar.

Bergambar dengan Prof. Herwig, subjek Microcomputer Technology.

Kitorang boleh discuss sesama sendiri as long as kitorang paham macam mana nak jawab soalan tu. Masa lecturer ajar, ada la yang online, berfacebook. Maklumlah kuliah dalam lab komputer. Masa lecturer lalu, buat-buat baca nota dalam komputer. Tapi takpe, asalkan diorang paham apa yang diajar. Masing-masing ada cara tersendiri kan?

Bergambar sakan budak-budak pompuan dengan Prof. Scherf.

Tak semua perkataan yang aku paham bila lecturer-lecturer German ni cakap. Banyak perkataan baru. Kadang-kadang tu kena fokus telinga betul-betul, nak tangkap apa yang diorang cakap. Nasib baik paham jugak. Memang satu pengalaman best setakat ni.

p/s: pics credit to Ada.