Showing posts with label KMK. Show all posts
Showing posts with label KMK. Show all posts
Nov 23, 2014
Pengalaman belajar di Kolej Mara Kulim, Kedah.
By: Ichi Fighting
Sunday, November 23, 2014
38 Comments
Bila dah nak habis belajar ni, rasa terpanggil pulak nak buat entri pasal pengalaman aku sepanjang menuntut ilmu. Sekurang2 nya dapat bagi info berguna kat student2 yang nak sambung belajar.
Lepas aku tamat form 5, aku sambung belajar kat Kolej Mara Kulim, Kedah. Biasanya kitorang panggil KMK je. KMK ni salah satu matrikulasi aka matrik yang ada kat malaysia. KMK ni hanya program untuk satu tahun je dan bukan 2 tahun macam kebanyakkan matrik2 lain. Macam mana nak apply? Time form 5, kalau tak silap tengah2 tahun, ada tawaran intake baru ke matrik. Isi online kat http://apps5.moe.gov.my/matrikulasi/permohonan/login.cfm. Hanya 3 matrik je boleh pilih. Pilihan pertama aku KMK la dan Alhamdulillah dapat. Kena beli nombor pin. Biasanya cikgu akan kutip duit dari student (RM6.00 kalau tak silap) dan cikgu tu akan tolong beli kat BSN. Kalau tak nak, student boleh pergi BSN beli sendiri. Dalam borang online tu, ade la macam2 maklumat yang korang kena isi. Bila dah setel, tunggu result je lepas dapat result SPM sama ada berjaya masuk matrik ke tak. Ni pun boleh check online ataupun SMS.
Bila dah ditawarkan, korang boleh pilih nak masuk matrik atau tak. Yelah, in case ade yang nak buat asasi kat UIAM, nak masuk politeknik ataupun form 6. Rezeki. Tak kan nak tolak kan? Lepas tu ada surat2 dan borang2 daripada KMK yang dipos ke rumah aku. Borang ni kena isi dan bawa sekali time nak daftar kat matrik.
![]() |
| Barang yang perlu bawa dan yang KMK sediakan. |
Aku kena daftar 9 Mei 2009. Prepare awal2 barang2 yang kena bawak kat matrik nanti. Aku sebelum ni tak pernah duduk hostel. Malam sebelum bertolak ke KMK, kelam-kabut beli barang2 mandi dan makanan.
Yang aku tak dapat lupa bila nak daftar kat KMK. Aku pergi dengan ayah aku dan kawan dia. Ayah aku tak biasa drive jauh2. Sebab tu mintak tolong kawan dia. Kitorang bertolak awal sehari dan tidur kat hotel dekat Bukit Mertajam satu malam. Sesat tak jumpa KMK sebab orang tak kenal kalau sebut matrikulasi Kulim. Yang sebetulnya Kolej Mara Kulim. Keesokkan pagi tu terus pergi KMK.
![]() |
| Senarai rumah penginapan dan lokasi KMK. |
Bila beratur nak daftar, kena tunjukkan surat tawaran asal. Entah kenapa aku lupa bawak. Alahai! Takkan nak balik rumah. Jauh yang amat dari KMK ke Terengganu. Last2 ade sorang lecturer (time tu tak tahu lagi dia akan jadi lecturer kelas aku.) ni berdiri kat sebelah aku. Aku bagitau la yang aku tertinggal surat tawaran asal kat rumah. Nasib baik dia suruh aku guna je salinan surat tawaran yang aku bawak. Kalau tak, naya la aku.
Bila dah setel daftar dan dapat bilik (sebetulnya dorm. Satu dorm ade 28 orang kalau tak silap.), ayah aku dan kawan dia terus balik. Tingkap dorm takde langsir. Kena bawak langsir sendiri kalau nak tutup tingkap. Kalau tak nak tutup pun takpe sebab dorm lelaki atas bukit, jauh sangat dari dorm perempuan. Petang tu aku terus bersiap sebab ade program orientasi. Dari isnin sampai pagi ahad ade aktiviti. Seminggu cukup2. Yang best orientasi kat matrik ni, tak banyak ceramah tapi banyak aktiviti berkumpulan dan riadah. Memang tak bosan langsung. Cuma penat sikit tu ade la.
![]() |
| Jadual minggu orientasi. |
Setahun aku kat KMK ade 2 semester. Setiap semester ader 2 exam. Midsem exam dan final sem exam. So, ada 4 exam sepanjang aku kat KMK. Ni tak termasuk assignment, lab dan test. Tapi jujur aku cakap, kalau nak skor, kena pulun betul2. Tak boleh cincai2. Kena banyak ulangkaji dan buat je latihan atau homework yang lecturer bagi. Comfirm dapat skor. Kalau malu nak bertanya dalam kelas, boleh je jumpa lecturer kat bilik lecturer. Aku ni kiranya student tegar yang selalu jumpa lecturer, tak kira sebelum kuliah ataupun selepas kuliah. Lecturer kat KMK baik2.
Kelas start tak silap aku 8.30 pagi sampai 4.30 petang, ahad sampai khamis. Tapi bukan direct. Ade waktu2 yang gap. Kadang2 aku guna waktu gap ni join kelas lain. Aku amik sains fizikal. Kat KMK selain sains fizikal, ada sains hayat.
Subjek sains fizikal:
- Fizik (sem 1 dan 2).
- Math (sem 1 dan 2).
- Kimia (sem 1 dan 2).
- English (sem 1 dan 2).
- Sains informatik (sem 1 atau 2).
- Dinamika (sem 1 atau 2).
- Pendidikan agama islam (sem 2).
Subjek sains hayat:
- Biologi (sem 1 dan 2).
- Math (sem 1 dan 2).
- Kimia (sem 1 dan 2).
- English (sem 1 dan 2).
- Sains informatik (sem 1 atau 2).
- Dinamika (sem 1 atau 2).
- Pendidikan agama islam (sem 1).
Akitiviti kokurikulum ade sukan / permainan, kelab / persatuan dan unit-beruniform. Rumah sukan macam kat sekolah. Ada empat. Merah, biru, kuning dan hijau. Aku dapat rumah merah.
![]() |
| Ni la gazebo, tempat student selalu study. |
Bila weekend, aku suka bangun awal2 dan study kat gazebo. Bisanya pukul 7.30 pagi dah ade kat sana. Kat KMK tak payah risau pasal komputer atau laptop. Assignment atau lab report tak perlu taip, cuma tulis tangan. Tapi kalau gian nak berfacebook, boleh je pergi cyber cafe kat belakang dewan. Diorang bukak setiap jumaat dan sabtu.
![]() |
| Peta KMK. |
Kadang2 kalau bosan, hari jumaat atau sabtu aku keluar ke bandar Kulim. Nak ke sana just naik bas. Tambang RM1 sebab dekat je. Tapi sekarang tak tahu la dah berapa ringgit. Kalau naik teksi, tambang RM10. Aku selalu keluar naik bas. Tempat tunggu bas betul2 depan Balai Polis Kulim. Kat bandar Kulim ada The Store, Big 10, KFC, Ceria 99, BSN, CIMB Bank, kaunter tiket bas ekspress dan banyak lagi. Kat dalam KMK takde mesin ATM sebab tak perlu guna duit pun nak makan atau minum. Makanan dan minuman free. 6 kali sehari: breakfast pukul 7.30 pagi, makan ringan pukul 10 pagi, lunch, minum petang, dinner dan supper. Elaun MARA dapat selepas Tahun Baru Cina.
Dalam KMK ada koperasi. Surat khabar pun ada jual. Dobi ada ikut giliran dorm. Kalau tak nak hantar dobi, boleh basuh sendiri. Mesin basuh ada tapi sekali basuh rasanya RM2.50.
![]() |
| Sijil tamat belajar. |
So, ni la pengalaman aku kat KMK. Aku rasa setakat ni, ni la pengalaman yang memang best. Kalau ikutkan, rasa nak belajar semula kat sana.
Penukil tersohor:
Ichi Fighting
pada
Sunday, November 23, 2014
Labels:
belajar
,
Kedah
,
KMK
,
Kolej Mara Kulim
,
Kulim
,
MARA
,
Matrikulasi
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)







