Showing posts with label Kelekatu. Show all posts
Showing posts with label Kelekatu. Show all posts
Jul 1, 2012
Mereka dan Kelekatu.
By: Ichi Fighting
Sunday, July 01, 2012
0 Comment
Dulu aku pernah citer pasal kelekatu dalam entri ni:
Tadi tengah duk explore citer Upin & Ipin, jumpa pulak citer pasal kelekatu.
Apa yang menariknya cara diorang atasi masalah kelekatu ni yang masuk dalam rumah. Yelah biasanya kalau kelekatu masuk dalam rumah, kita mesti tutup lampu sebab kelekatu ni tertarik kat cahaya. Cara diorang lain pulak:
1. Diorang tutup lampu lain dan biarkan satu lampu je bukak. Pastu letak besen yang ada air kat bawah lampu tu, jadi ada pantulan kat situ. Kelekatu pun pergi la kat pantulan tu dan terkena air.
2. Jarjit cuba jadik Ultraman tapi makin banyak kelekatu masuk(sebab tak tutup lampu).
3. Fizi guna raket badminton pukul kelekatu.
4. Ehsan pasang kelambu, jadik kelekatu tak kacau dia.
Lawak betul la diorang ni. Tapi takpe, asalkan cara diorang ni efektif.
Penukil tersohor:
Ichi Fighting
pada
Sunday, July 01, 2012
Apr 30, 2012
Aku dan Kelekatu.
By: Ichi Fighting
Monday, April 30, 2012
6 Comments
Malam ni tak tahu kenapa banyak sangat kelekatu kat kafe ngan koop. Petang tadi rasanya tak nampak sekor pon kelekatu. Time nak amik mee goreng yang dah tempah petang tadi, terkejut tgk banyak sangat kelekatu terbang kat lampu2. Kesian la sape yang makan kat kafe malam tu. Mesti tak senang duduk. Takut kelekatu jatuh dalam makanan.
Lepas tu pegi koop nak beli air kotak lemon. Huh! Kat depan pintu koop penuh dengan kelekatu. Terpaksa tutup muka sebelum masuk. Tanya abang cashier, tapi dia pon tak tahu jugak dari mana datang kelekatu yang banyak sangat macam ni. Tapi yang misterinya kat bilik takde pulak. Tandas pon takde. Hmm...misteri2. Mungkin diorang tak sempat singgah kot.
Ni sedikit info pasal kelekatu. Aku amik ni dari Datuk Wikipedia:
" Kelekatu ini juga dikenali sebagai kasta pembiakan dengan mata yang telah berkembang baik berbanding kasta anai-anai lain. Kelekatu yang bersayap ini juga mempunyai jantina. Kelekatu akan keluar dari sarang dan terbang pada waktu senja terutamanya selepas hari hujan, mencari habitat baru dan kemudiannya menjadi raja dan permaisuri serta membina koloni baru. "Sumber: [link]
Esok cuti sempena hari pekerja. Ingat nak bangun lewat sikit. Yelah, bila lagi peluang macam ni nak datang kan? Walaupon keje berlambak, rehat tetap rehat.
Penukil tersohor:
Ichi Fighting
pada
Monday, April 30, 2012
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)

