Showing posts with label rtm1. Show all posts
Showing posts with label rtm1. Show all posts
Oct 12, 2012
Trilogi Cinta 2: Aku dah beli novel!
By: Ichi Fighting
Friday, October 12, 2012
0 Comment
Ada satu novel ni. Ingat nak beli. Aku pernah baca sinopsis dalam website. Memang novel ni antara yang terlaris. Tapi tak ingat tajuk apa. Time tu ingat nak beli. Tapi pikirkan balik macam tak berbaloi. Aku bukannya peminat novel cinta pun. Novel Yang Indah Hanya Mimpi ni pun novel cinta pertama yang aku beli. Sebelum ni beli novel Harry Potter je.
Setakat ni tak sampai bab 3 novel adaptasi Trilogi Cinta 2 ni yang baru aku baca. Takde masa nak baca. Tu pun baca sebelum tidur. Tak sampai 5 muka surat dah kuyu mata ni. Bukan sebab tak best, tapi penat sangat sekarang ni. Takpe lah, lain kali kalau ada masa lebih aku baca.
Penukil tersohor:
Ichi Fighting
pada
Friday, October 12, 2012
Labels:
drama
,
novel
,
rtm1
,
trilogi cinta
,
trilogi cinta 2
Sep 5, 2012
Trilogi Cinta 2.
By: Ichi Fighting
Wednesday, September 05, 2012
4 Comments
Malam esok akan bermulanya episod pertama drama epik Trilogi Cinta 2. Sekuel Trilogi Cinta. Ingat lagi time tu yang drama ni dapat rating 2 juta penonton kat RTM1. Actually drama ni diadaptasi daripada gabungan 3 novel Sharifah Abu Salem:
Ringkasnya drama ni tentang kisah cinta antara pembantu rumah dengan majikan. Yelah bila pembantu rumah dan majikan berkahwin, banyak lah masalah timbul lebih-lebih lagi si majikan, Razif yang masih lagi ada isteri. Bermula saat inilah banyak liku yang perlu dihadapi si pembantu rumah, Norjinah.
Aku pun tak pernah baca lagi novel-novel ni. Rasa nak beli pulak. Tadi tengok kat website Alaf21. Harap ada stok lagi. Nak kumpul duit dulu. Cukup bulan boleh lah beli. Dan kalau tak silap novel baru pun dah keluar 20 ogos lepas.:
Untuk Trilogi Cinta 2 ni Rita Rudaini dan Rebecca Nur Islam muncul sebagai watak baru. Kalau nak tengok apa yang bakal berlaku pastikan melekat kat depan tv pukul 10 malam esok. Tapi sebelum tu layan trailer ni dulu.
Penukil tersohor:
Ichi Fighting
pada
Wednesday, September 05, 2012
Labels:
drama
,
novel
,
rtm1
,
trilogi cinta
,
trilogi cinta 2
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)




