Showing posts with label SUKSIS. Show all posts
Showing posts with label SUKSIS. Show all posts

Nov 22, 2014

Kor SUKSIS Universiti Malaysia Pahang.

Baiklah. Seperti yang dijanjikan, entri kali ni aku akan cerita serba sedikit pasal Kor SUKSIS, badan beruniform ala polis. 'Kor' kat depan tu maksudnya angkatan atau organisasi. Perkataan asal daripada English iaitu 'corps'. SUKSIS tu singkatan daripada Sukarelawan Polis Siswa/siswi.

Idea penubuhan Kor Suksis ni oleh YAB Datuk Seri Abdullah Hj. Ahmad Badawi (Perdana Menteri Malaysia ke-5) pada tahun 1999. Time tu Pak Lah jadi Timbalan Menteri. Sebelum ni SSPDRM (Sukarelawan Simpanan Polis DiRaja Malaysia) USM (Universiti Sains Malaysia) dah memang ada sejak 1985 lagi. Tapi program ni just bertahan selama 4 tahun sebab masalah pengurusan logistik dan kewangan. So, masuk tahun 2003, idea penubuhan ni diaplikasikan di seluruh IPTA.

So, based on history, UUM (Universiti Utara Malaysia) merupakan IPTA pertama Kor SUKSIS ditubuhkan. Kor SUKSIS dijadikan salah satu kursus kokurikulum (tak wajib untuk semua student, tapi selected student je).

Matlamat:
Melatih para mahasiswa di dalam ilmu kepolisan dan seterusnya dapat menyumbang tenaga dan bakti kepada negara melalui Pasukan Sukarelawan Polis.

Objektif:
1. Membentuk serta melatih pegawai2 sukarelawan polis dengan pengetahuan asas kepolisan.
2. Memupuk disiplin berdasarkan ilmu pengetahuan, menghormati undang2 dan peraturan untuk memulakan tugas sebagai pegawai sukarelawan polis.
3. Menerapkan nilai2 murni, kepimpinan, profesionalisma dan bersikap positif serta mempunyai disiplin yang tinggi.
4. Membentuk personaliti sebagai pegawai sukarelawan polis yang mantap serta mampu memberikan perkhidmatan yang cemerlang.
5. Membina ketahanan fizikal dan mental yang tinggi.

Cara nak join:
1. Pengambilan Kor SUKSIS ni diadakan setiap tahun waktu intake student degree.
2. Hanya 70 orang je yang boleh join.
3. Kalau dah join Kor SUKSIS, student tak boleh join mana2 kokurikulum lain.

Point yang ketiga tu kalau tak silap aku student tak boleh join kokurikulum lain sebab nak bagi full commitment kat Kor SUKSIS ni.

Kemudahan dan peluang:
1. Kemudahan penginapan di universiti (geng2 SUKSIS kat UMP ni dapat hostel free. Senang untuk diorang keluar/masuk kalau ada apa2 aktiviti especially time cuti.).
2. PDRM (Polis Di Raja Malaysia) bagi elaun.
    - elaun latihan = RM6.00 per jam.
    - elaun upah jahit baju = RM100.00.
    - elaun bounty (saguhati tahunan)
        (380 jam ke atas) = RM520.00
        (240 - 379 jam) = RM390.00
        (120 - 239 jam) = RM260.00
3. Dapat keutamaan bila nak apply join PDRM.

Syarat kelayakan:
1. Tebuka kepada lelaki dan perempuan.
2. Warganegara Malaysia.
3. Mahasiswa UMP.
4. Mengikuti program berijazah selama 3 tahun (yang ni aku rasa at least 3 tahun sebab budak2 engineering kat sini belajar degree 4 tahun.).
5. Mempunyai tahap kesihatan yang baik.
6. Ketinggian lelaki tidak kurang 163 cm dan perempuan 157 cm.
7. Lilitan dada 81 cm (biasa) dan 86 cm (semasa menarik nafas).
8. Berat tidak kurang 48 kg bagi lelaki dan 43 kg bagi perempuan.
9. Tidak rabun warna.
10. Mempunyai pendengaran yang baik.
11. BMI diantara 20.0 hingga 26.0.

Latihan:
1. Latihan asas kepolisan (inspektor).
2. Latihan Kor SUKSIS telah disusun dengan sistematik supaya tidak mengganggu pembelajaran mahasiswa (kat UMP latihan setiap sabtu).
3. Syarahan undang-undang/amali di balai2 polis.
4. Latihan pengendalian/menembak senjata api kawat.
5. Lawatan sambil belajar.
6. Pentadbiran.
7. Perkhemahan pengurusan profesional.

Kalau tak silap aku student boleh apply nak join SUKSIS time minggu orientasi. Akan ada booth SUKSIS dibuka untuk intake baru. Setiap anggota SUSKIS akan berkhidmat selama 3 tahun. So, akan ada 3 kumpulan (student tahun 1, 2 dan 3) dalam satu masa. Diorang akan ditauliahkan sebagai inspektor Kor SUKSIS akhir tahun 3 tu. Hebat kan? Nanti bila nak join PDRM lagi senang. Tahun 4 pulak diorang boleh fokus sepenuhnya pada kurikulum. Yelah, final year project sedia menanti.

Entri lepas aku ada mention yang aku jumpa Mr. Kamal. Dia salah seorang anggota SUKSIS kat UMP tahun 3. Katanya hari rabu jugak ada aktiviti SUKSIS. Kat UMP ni setiap rabu ada aktiviti kokurikulum. So, bukan senang sebenarnya jadi anggota SUKSIS ni. Setiap sabtu dan rabu ada aktiviti. Tu tak masuk lagi dengan test, assignment, project dan final exam.

Beret tu topi yang dipakai.

Aku yang salah sorang student first batch program dwi degree, rasanya memang tak dapat la nak join. Sekarang dah tahun 5. Dari tahun 1 sampai tahun 4, tiap2 hari pack dengan kuliah. Tak kuliah, mesti ada assignment atau projek. Setakat yang aku tahu, takde sorang pun budak2 program dwi degree ni yang join SUKSIS. Agak mustahil la nak join. Test dan final exam tersangat susah berbanding student2 bukan dwi degree. Majoriti lecturer yang ajar kitorang daripada Dr. dan Professor. Tapi Alhamdulillah, setakat ni pointer tak teruk. Alahai!


Berbalik kepada Kor SUKSIS ni, aku ada terbaca artikel pasal tawaran jadi inspektor. PDRM bersedia merekrut siswa yang tamat pengajian dan berminat nak join bidang kepolisan melalui program pengambilan pegawai polis berpangkat inspektor di setiap institusi pengajian tinggi tempatan. Kiranya diserap masuk ke dalam PDRM selepas tamat belajar kat IPTA la ni.


Apa2 pun, sekalung tahniah untuk yang berjaya join Kor SUKSIS. Bagi aku ni kira bonus untuk diorang. Bila habis je belajar, diorang boleh pilih sama ada nak jadi engineer ataupun nak join PDRM. Walaupun dah kerja dalam bidang engineering, diorang still boleh berkhidmat dalam PDRM sebagai pasukan sukarelawan polis.

Sumber: 1|2|3|4

Nov 19, 2014

Karnival Keusahawanan Technopreneurship 2014 Universiti Malaysia Pahang.

Fuhh! Fuhh! Bismillahirahmanirrahim...
Berdebu gila kot blog ni. Lama tak update la katakan. Ok lah tak nak bebel panjang2. Hari ni, bersamaan 19 November 2014 ada jualan kat area Pusat Aktiviti Pelajar, UMP Kampus Pekan. Based on subject requirement (kelas Technopreneurship), aku dan 7 orang member satu group kena buat jualan sempena karnival keusahawanan ni. Yelah, namanya pun kelas Technopreneurship, jual-menjual haruslah.


So, group aku jual pisang goreng cheese, dadih dan tapai ubi. Alah, sekarang kan agak hot kat blog2 pasal benda alah ni. Makanan tradisional yang dimodenkan. Basicnya pisang goreng je, tapi ditambah coklat cair dan cheese kat atas pisang goreng tu. Then, jadilah pisang goreng cheese.


Tapi problemnya bila nak beli barang. Kena pakai modal sendiri. Sewa tapak jualan RM20. Pun pakai duit sendiri. Dah la tengah2 bulan ni. Mana nak cekau? Apa2 pun problem solved pasal modal ni.

Bila tiba hari jualan, masing2 mainkan peranan masing2. Jadual bertugas dah ada. Person in charge pun dah dipilih. Tapi kitorang stayed je kat tapak jualan tu. Semangat kerjasama la katakan. Start pukul 8 pagi sampai la pukul 4 petang.

Apa yang aku perasan, paling banyak customer time 1 tengah hari sampai 2.30 petang. Waktu ni majoriti student habis kelas. So, alang2 nak balik ke bilik tu, ada yang singgah beli makanan kat gerai jualan. Kebetulan hari rabu kat sini ada aktiviti kokurikulum aka koko. Ramai jugak yang serbu gerai kitorang. Tak menang tangan nak goreng pisang.


Entah takdir atau kebetulan. Dalam banyak2 student yang lalu-lalang kat situ, nampakla encik2 polis jalan berkumpulan. Ingatkan nak buat spot check ke ape ke. Last2 baru perasan diorang geng2 SUKSIS. Memang dah lama aku nak jumpa geng2 SUKSIS ni. Aku kalau boleh nak tanya pasal SUKSIS ni kat diorang face to face. Tapi agak2 la kan, tak kan nak tanya kat gerai jualan tu kan? Not appropriate kata orang.

So, dengan gigihnya aku follow salah sorang geng SUKSIS ni. Dari gerai jualan ke kafe, dari kafe ke koperasi dan last2 hilang camtu je. Cari punya cari, naik turun tangga hostel dan akhirnya jumpa jugak. Kat situ jugak aku mintak izin nak amik gambar dia sebab post seterusnya aku nak cerita pasal SUKSIS. Mr. Kamal namanya. Haha. 'Mr.' tu takde pun. Suka hati je aku tambah kan?


Aku tanya la serba sikit pasal SUKSIS ni. Dulu time awal2 masuk UMP ni aku ade niat jugak nak masuk SUKSIS. Dari segi penglihatan memang time tu takde masalah. Aku memang dah pakai cermin mata tapi rabun jauh tu tak la seteruk sekarang. Time tu tanpa cermin mata, 10 meter radius aku boleh tengok dengan jelas lagi. Time tu dalam dewan sukan. Boleh apply SUKSIS atau PALAPES. Tapi bila tengok syarat tinggi at least 163 cm, terus aku blah. Tak cukup tinggi! Alahai nasib badan. Kalau tau awal2 time kat matrik dulu dah start work out, minum susu banyak2 biar tinggi. Apa2 pun terima kasih kat Mr. Kamal sebab sudi jadi model jurugambar amatur ni dan info2 berguna yang dikongsi walaupun limited time. Insyaallah, ada masa harap boleh jumpa lagi.

p/s: rasanya duit hasil jualan tu cukup2 kot untuk back up modal. Tak kisah pun kalau tak untung, asalkan balik modal.