Showing posts with label UMP. Show all posts
Showing posts with label UMP. Show all posts

Apr 14, 2020

Campak Balik: Jalan-jalan Pusing Muar.


Sebenarnya banyak kisah suka dan duka sepanjang aku belajar di Universiti Malaysia Pahang (UMP) yang aku nak coretkan kat sini. Tapi itu lah, kekangan masa dan ikut mood jugak. Waktu rajin menulis, bertimbun-timbun entri. Waktu malas, berbulan-bulan menghilang. InsyaAllah, selagi ada kudrat, akan aku ceritakan.

Kali ni aku nak cerita pengalaman aku dengan classmates aku pergi Muar. Dah kenapa? Buang tebiat? Tak. Sebab ada lawatan industri. Memandangkan semester 8 (tahun 4) ni aku ada ambil subjek SMD-Technology dan Clean Room Technology, jadi 2 orang lecturer kelas aku mintak kitorang buat lawatan industri. Tak wajib, tapi dialu-alukan. Tempat kitorang kena pilih atas nasihat lecturer. So, lepas 3 hari 3 malam bincang, tempat yang sesuai adalah kat Muar, Johor. Kilang STMicroelectronics Sdn. Bhd. yakni kilang semikonduktor.

Kitorang seramai 16 orang dan lecturer seorang (sebagai pengiring) bertolak ke sana. Memandangkan lecturer-lecturer 2 subjek tu perempuan dan dah ada anak-anak, jadi agak susah jugak kalau nak jadi pengiring. Last-last, kitorang mintak tolong lecturer lelaki subjek lain untuk jadi pengiring. Timing ke Muar memang tak sama. 14 classmates aku yang lain naik kereta sendiri. Macam carpool la. Naik ramai-ramai. Cuma aku dan roommate aku tumpang kereta lecturer aku. Kitorang bertiga gerak lambat sikit.

Perjalanan ke Muar lebih kurang 4 jam. Tibanya kat Muar, kitorang terus check in hotel. 14 classmates aku tu dah sampai awal lagi, siap pusing-pusing Muar lagi. Aku dapat bilik berdua dengan roommate aku, lecturer aku bilik lain. Sebab lapar, malam tu kitorang bertiga keluar makan kat gerai makan area hotel. Aku order mi bandung Muar. Ni first time aku makan mi bandung. Memang sedap tak terkata. Tak tahu lah, mungkin sebab lapar sangat kot.

Diorang dah sampai awal.
Ambil gambar kat longkang pun jadi lah.

Lepas siap makan, kitorang gerak semula ke hotel untuk buat persiapan nak ke kilang esok. Tapi nasib tak baik, aku dan roommate aku terlewat bangun sebab lena sangat tidur ber-aircond. Nasib badan. Tak silap aku pagi tu kitorang check out terus sebab plan lepas melawat kilang, kitorang akan terus gerak balik ke UMP.

Sebelum ke kilang, pagi tu kitorang singgah minum kat kedai kopi. Aku order Cappuccino. Sedap, tapi rasa berlemak sangat. Nak pening kepala aku minum. Tapi sepanjang hari tu, memang tak mengantuk langsung. Penangan caffeine kot.

Bukan citarasa aku.

Sampai je kat kilang, kitorang dijemput masuk ke bilik meeting dulu. Kat sini kitorang diterangkan serba sedikit pasal kilang ni. Apa yang kilang ni hasilkan, untuk apa, kepada siapa, dan banyak lagi lah. Kejap je dalam ni. Lepas tu, kitorang dibawa masuk ke dalam bilik kecil untuk diberi penerangan secara detail menggunakan slide presentation. Dalam bilik ni agak lama sebab yang bagi penerangan bukan orang biasa-biasa. Orang yang banyak pengalaman dalam bidang semikonduktor ni.

Beratur nak ambil pas pelawat.
Dalam bilik meeting. Aku acah tulis je tu.
Masing-masing tekun menulis. Entah simpan lagi ke tak nota tu?
Contoh process flow yang diterangkan.

Lepas tu baru lah kitorang dibawa masuk ke dalam workstations. Sebelum masuk, diwajibkan pakai clean room attire set. Pakaian yang anti-static tu. Masuk je kat dalam, wah memang kagum. Besar dan organized. Kat sini kalau ada apa-apa pertanyaan, kitorang boleh terus tanya.

Clean room attire set.
Macam berdepan dengan wabak pun ada.
Tak tahu senyum ke marah tu.
Yang ni kami perhati je akak ni buat kerja.

Petang tu ada lagi penerangan dalam bilik kecil. Kat sini, kitorang diterangkan product yang kilang ni buat. Mostly mengenai problems dan solutions. Contohnya, bila nak buat soldering, apa masalah yang selalu berlaku dan apa langkah paling sesuai dan menjimatkan masa dan kos.

Pekerja kat sini makan percuma. Kami pun join sekaki.
Menu barat hari ni.
Process flow lagi.
Tekun mendengar penerangan yang diberikan oleh pekerja berpengalaman di sini.
Bergambar dulu sebelum chow!
Bye bye!

Kitorang selesai lepas Asar. So, banyak jugak input yang diterima. Harapnya pengalaman ni akan berguna di masa depan nanti. Who knows kan?

Jul 16, 2018

Sommerkurs di Jerman Part 6: Bila Kanak-kanak Riang Main Masak-masak.

Hari ketiga aku kat bumi Jerman. Memandangkan masih lagi dalam bulan puasa, kelas harian habis selepas Asar seingat aku. So, aku dan rumet aku, Azizul, prepare masak-masak untuk makan waktu berbuka nanti. Hari ni aku plan nak masak ayam black pepper. Guna pes yang aku bawak dari Malaysia. Tak silap aku, Azizul buat sup ayam. Bahan-bahan masakan, kami beli kat kedai runcit. Boleh baca kat entri ni: Sommerkurs di Jerman Part 4: Jelajah Kedai Runcit.

Siap ada timun lagi tu.
Sup ayam Azizul.
Siap!

Sebelum datang Jerman, pernah jugak aku dengar ada yang kata kat Jerman payah nak dapat makanan halal. Bagi aku, ya, memang betul. Kedai makanan halal memang payah nak jumpa. Melainkan kebab yang orang Turki jual. Tapi walaupun kedai atau restoran halal payah nak jumpa, bagi aku tak jadi masalah untuk survive kat sini. Sebabnya boleh masak-masak. Banyak je kedai runcit yang jual bahan-bahan masak aka groceries macam bawang, sayur, kicap, telur, dan segala benda alah mak-mak guna untuk masak. Lagipun kat Treuchtlingen ni ada satu kedai Turki, sebelah masjid. Kat sini lah kitorang ramai-ramai shopping ayam dan daging segar.

Telur ayam 0.99 Euro sepuluh biji.

Masa mula-mula beli ayam tu, rasa jakun sebab ayamnya warna putih. Tak macam ayam kat Malaysia yang warna merah-merah sikit. Telur ayam kat Jerman ni pun ada yang warna putih. Telur ayam tu kitorang beli kat kedai runcit ALDI SÜD.

Hari ke-5, aku masak nasi goreng dan telur dadar. Dalam bilik aku takde tempat memasak. Terpaksa guna tempat memasak dalam bilik junior aku. Kat apartment ni ada 4 tempat memasak yang kitorang boleh guna. Tapi sebab tempat memasak ni paling dekat dengan bilik aku, so, aku pun masak-masak kat sini je lah.

Tempat memasak. Macam almari. Bukak pintu almari, ada benda ni.
Nasi goreng biasa je.

Hari ke-7 aku masak telur tumis. Azizul masak ayam campur. Aku tak tahu nama apa. Dia kata dia main campak-campak. Rasanya boleh tahan. Ada rasa masam manis pedas.

Telur tumis.
Ayam campur Azizul yang masak.

Hari ke-9, aku masak spaghetti. Semua bahan dibeli kat kedai runcit. Mostly dari EDEKA. Sebab tu kedai paling dekat. Mi spaghetti kat sini memang kenyal giler. Best. Walaupun rendam lama-lama dalam air panas, takde kembang semangkuk macam mi spaghetti Malaysia. Spaghetti aku jarang masak. Selalunya kitorang masak nasi.

Spaghetti. Siap letak ayam lagi.

Hari ke-12 masak telur tumis. Guna lada benggala. Sebab payah nak dapat cili hidup. Mungkin orang Jerman tak makan pedas kot. Tu payah nak jumpa cili. Even cekedis kat sini pun semuanya perasa lada benggala.

Menu simple dari kami.
Telur dadar.

Hari ke-13 pulak masak daging kambing black pepper. Azizul yang beli daging kambing kat kedai runcit Turki. Selain tu, aku masak ayam goreng. Stok ayam segar datang seminggu sekali. Setiap hari Khamis tak silap aku.

Pes yang dibawa siap-siap dari Malaysia.

Hari ke-16 aku buat ayam masak merah dan nasi putih. Buat simple je. Air pulak aku buat nescafé frappé tambah susu yang aku beli kat EDEKA. Lepastu campur ais, Fuhh! Memang sedap.

Sikit je makan nasi. Sebab nak diet. Konon.
Nescafé frappé.
Susu kotak beli kat EDEKA. 0.51 Euro.
Siap. Sedap sehingga menjilat cawan.

Hari ke-17 special sikit. Aku masak nasi ayam. Resepi dari kakak aku. Semua bahan ada, dari salad sampai lah ke sup. Tapi ayam tu macam hitam sangat. Mungkin sebab aku guna kicap biasa, bukan kicap cair.

Nasi ayam. Pakat makan kat lantai je.

Hari ke-25. Ramadhan dah lama melabuhkan tirai. Jadi boleh lah aku main masak-masak siang hari. Kali ni aku buat cekodok. Ada dua jenis. Cekodok pisang dan cekodok bawang. Tak susah pun nak buat. Tepung gandum beli kat kedai. Pisang dan bawang pun beli kat situ. Nak lecek pisang tak payah guna blender. Aku dan junior aku lecek pisang guna belakang cawan je.

Cekodok pisang dan cekodok bawang.

Hari ke-32 ada lawatan ke Istana Neuschwanstein. Kitorang ramai-ramai sekali dengan lecturer ke sana naik bas. Sebelum bertolak, aku bangun awal sebab nak prepare nasi goreng. Rajin tak aku? Memang gigih giler waktu ni. Ye lah. Nak merasa piknik kat istana nanti.

Bekal untuk piknik.
Istana tu istana kartun Sleeping Beauty.
Ini lah dia Khairul.
Yang ni pulak Azizul.

Hari ke-33 aku masak kat rumah Khairul. Dia tinggal satu rumah dengan junior. Dia duduk sorang dalam bilik. Heaven giler kau. Aku selalu lepak kat bilik dia. Lagipun Khairul ni rumet aku masa kat UMP. So, malam tu aku masak nasi putih, ayam masak merah, dan telur dadar. Oh, ya! Beras kat sini kitorang guna berasa basmati tau! Kaya tak? Takde lah. Sebab ni je beras yang dijual yang rasanya best. Harga sekilo 1.99 Euro tak silap aku. Beras perang murah sikit. So, aku beli dua-dua dan campur. Nak jimat katakan.

Jom makan!

Hari ke-35 aku masak nasi ayam lagi. Atas permintaan. Tapi kali ni buat dalam kuantiti yang besar sebab nak makan ramai-ramai satu rumah Khairul. Masing-masing tolong-menolong sediakan bahan. Aku tukang masak. Yang basuh pinggan periuk pun ada person in charge. Aku kalau masak sup nasi ayam, aku tak suka letak bunjut. Aku prefer letak kiub ayam. Sebab bila letak bunjut, rasa sup tu kurang best.

Makan ramai-ramai yang best.
Yum yum!

Hari ke-36, kitorang masak spaghetti lagi. Sebab mudah je. Rebus mi, pastu masak kuah tomato. Siap!

Kuah spaghetti yang banyak.
Junior aku, Zul.

Hari ke-38 aku masak banyak jugak. Tetiba rasa nak masak sup nasi. Kali ni ramai yang datang tolong. Ada yang buat sambal kicap, ada yang buat ayam racik, ada yang masak nasi. Aku macam biasa, buat sup.

Sup nasi. Masak ramai-ramai, makan ramai-ramai.
Portion aku. Tak tahu apa function garfu tu.

Hari ke-39, aku buat ayam goreng masak bawang dan lada benggala.

Ayam goreng bawang.
Siap! Dah boleh makan dah.

Mi sup ayam black dan white pepper aku masak hari ke-49. Mi aku guna mi spaghetti. Kali pertama aku masak menu ni.

Bedal je. Asalkan kenyang.

Hari last aku masak kat sini menunya mi goreng basah. Pedas yang amat sebab aku letak banyak lada. Pastu goreng daging burger. Nak habiskan stok je. Kali ni kitorang senior berlima makan sama-sama. Aku masak lepas junior balik ke Malaysia. Tinggal kami berlima senior kat sini lagi. Esok pagi kena bertolak ke Aachen dengan Lubko untuk amik exam bahasa Jerman kat sana. Junior amik exam kat Malaysia.

Mi goreng basah. Masak guna periuk nasi.
Telur goreng pun ada.
Lada sulah tu yang best.

Ini lah antara makanan yang aku masak kat bumi Jerman ni. Ada lagi menu lain tapi tak amik gambar. Mungkin sebab kelaparan, tak fikir apa dah waktu tu. Terus makanan masuk mulut. Memang best dapat masak-masak kat sini. Lagi-lagi bila ada kawan-kawan yang tolong.

Bersambung ke Sommerkurs di Jerman Part 7: Selamat Hari Raya!