Showing posts with label masak. Show all posts
Showing posts with label masak. Show all posts
Jul 16, 2018
Sommerkurs di Jerman Part 6: Bila Kanak-kanak Riang Main Masak-masak.
By: Ichi Fighting
Monday, July 16, 2018
0 Comment
![]() |
| Siap ada timun lagi tu. |
![]() |
| Sup ayam Azizul. |
![]() |
| Siap! |
Sebelum datang Jerman, pernah jugak aku dengar ada yang kata kat Jerman payah nak dapat makanan halal. Bagi aku, ya, memang betul. Kedai makanan halal memang payah nak jumpa. Melainkan kebab yang orang Turki jual. Tapi walaupun kedai atau restoran halal payah nak jumpa, bagi aku tak jadi masalah untuk survive kat sini. Sebabnya boleh masak-masak. Banyak je kedai runcit yang jual bahan-bahan masak aka groceries macam bawang, sayur, kicap, telur, dan segala benda alah mak-mak guna untuk masak. Lagipun kat Treuchtlingen ni ada satu kedai Turki, sebelah masjid. Kat sini lah kitorang ramai-ramai shopping ayam dan daging segar.
![]() |
| Telur ayam 0.99 Euro sepuluh biji. |
Masa mula-mula beli ayam tu, rasa jakun sebab ayamnya warna putih. Tak macam ayam kat Malaysia yang warna merah-merah sikit. Telur ayam kat Jerman ni pun ada yang warna putih. Telur ayam tu kitorang beli kat kedai runcit ALDI SÜD.
Hari ke-5, aku masak nasi goreng dan telur dadar. Dalam bilik aku takde tempat memasak. Terpaksa guna tempat memasak dalam bilik junior aku. Kat apartment ni ada 4 tempat memasak yang kitorang boleh guna. Tapi sebab tempat memasak ni paling dekat dengan bilik aku, so, aku pun masak-masak kat sini je lah.
![]() |
| Tempat memasak. Macam almari. Bukak pintu almari, ada benda ni. |
![]() |
| Nasi goreng biasa je. |
Hari ke-7 aku masak telur tumis. Azizul masak ayam campur. Aku tak tahu nama apa. Dia kata dia main campak-campak. Rasanya boleh tahan. Ada rasa masam manis pedas.
![]() |
| Telur tumis. |
![]() |
| Ayam campur Azizul yang masak. |
Hari ke-9, aku masak spaghetti. Semua bahan dibeli kat kedai runcit. Mostly dari EDEKA. Sebab tu kedai paling dekat. Mi spaghetti kat sini memang kenyal giler. Best. Walaupun rendam lama-lama dalam air panas, takde kembang semangkuk macam mi spaghetti Malaysia. Spaghetti aku jarang masak. Selalunya kitorang masak nasi.
![]() |
| Spaghetti. Siap letak ayam lagi. |
Hari ke-12 masak telur tumis. Guna lada benggala. Sebab payah nak dapat cili hidup. Mungkin orang Jerman tak makan pedas kot. Tu payah nak jumpa cili. Even cekedis kat sini pun semuanya perasa lada benggala.
![]() |
| Menu simple dari kami. |
![]() |
| Telur dadar. |
Hari ke-13 pulak masak daging kambing black pepper. Azizul yang beli daging kambing kat kedai runcit Turki. Selain tu, aku masak ayam goreng. Stok ayam segar datang seminggu sekali. Setiap hari Khamis tak silap aku.
![]() |
| Pes yang dibawa siap-siap dari Malaysia. |
Hari ke-16 aku buat ayam masak merah dan nasi putih. Buat simple je. Air pulak aku buat nescafé frappé tambah susu yang aku beli kat EDEKA. Lepastu campur ais, Fuhh! Memang sedap.
![]() |
| Sikit je makan nasi. Sebab nak diet. Konon. |
![]() |
| Nescafé frappé. |
![]() |
| Susu kotak beli kat EDEKA. 0.51 Euro. |
![]() |
| Siap. Sedap sehingga menjilat cawan. |
Hari ke-17 special sikit. Aku masak nasi ayam. Resepi dari kakak aku. Semua bahan ada, dari salad sampai lah ke sup. Tapi ayam tu macam hitam sangat. Mungkin sebab aku guna kicap biasa, bukan kicap cair.
![]() |
| Nasi ayam. Pakat makan kat lantai je. |
Hari ke-25. Ramadhan dah lama melabuhkan tirai. Jadi boleh lah aku main masak-masak siang hari. Kali ni aku buat cekodok. Ada dua jenis. Cekodok pisang dan cekodok bawang. Tak susah pun nak buat. Tepung gandum beli kat kedai. Pisang dan bawang pun beli kat situ. Nak lecek pisang tak payah guna blender. Aku dan junior aku lecek pisang guna belakang cawan je.
![]() |
| Cekodok pisang dan cekodok bawang. |
Hari ke-32 ada lawatan ke Istana Neuschwanstein. Kitorang ramai-ramai sekali dengan lecturer ke sana naik bas. Sebelum bertolak, aku bangun awal sebab nak prepare nasi goreng. Rajin tak aku? Memang gigih giler waktu ni. Ye lah. Nak merasa piknik kat istana nanti.
![]() |
| Bekal untuk piknik. |
![]() |
| Istana tu istana kartun Sleeping Beauty. |
![]() |
| Ini lah dia Khairul. |
![]() |
| Yang ni pulak Azizul. |
Hari ke-33 aku masak kat rumah Khairul. Dia tinggal satu rumah dengan junior. Dia duduk sorang dalam bilik. Heaven giler kau. Aku selalu lepak kat bilik dia. Lagipun Khairul ni rumet aku masa kat UMP. So, malam tu aku masak nasi putih, ayam masak merah, dan telur dadar. Oh, ya! Beras kat sini kitorang guna berasa basmati tau! Kaya tak? Takde lah. Sebab ni je beras yang dijual yang rasanya best. Harga sekilo 1.99 Euro tak silap aku. Beras perang murah sikit. So, aku beli dua-dua dan campur. Nak jimat katakan.
![]() |
| Jom makan! |
Hari ke-35 aku masak nasi ayam lagi. Atas permintaan. Tapi kali ni buat dalam kuantiti yang besar sebab nak makan ramai-ramai satu rumah Khairul. Masing-masing tolong-menolong sediakan bahan. Aku tukang masak. Yang basuh pinggan periuk pun ada person in charge. Aku kalau masak sup nasi ayam, aku tak suka letak bunjut. Aku prefer letak kiub ayam. Sebab bila letak bunjut, rasa sup tu kurang best.
![]() |
| Makan ramai-ramai yang best. |
![]() |
| Yum yum! |
Hari ke-36, kitorang masak spaghetti lagi. Sebab mudah je. Rebus mi, pastu masak kuah tomato. Siap!
![]() |
| Kuah spaghetti yang banyak. |
![]() |
| Junior aku, Zul. |
Hari ke-38 aku masak banyak jugak. Tetiba rasa nak masak sup nasi. Kali ni ramai yang datang tolong. Ada yang buat sambal kicap, ada yang buat ayam racik, ada yang masak nasi. Aku macam biasa, buat sup.
![]() |
| Sup nasi. Masak ramai-ramai, makan ramai-ramai. |
![]() |
| Portion aku. Tak tahu apa function garfu tu. |
Hari ke-39, aku buat ayam goreng masak bawang dan lada benggala.
![]() |
| Ayam goreng bawang. |
![]() |
| Siap! Dah boleh makan dah. |
Mi sup ayam black dan white pepper aku masak hari ke-49. Mi aku guna mi spaghetti. Kali pertama aku masak menu ni.
![]() |
| Bedal je. Asalkan kenyang. |
Hari last aku masak kat sini menunya mi goreng basah. Pedas yang amat sebab aku letak banyak lada. Pastu goreng daging burger. Nak habiskan stok je. Kali ni kitorang senior berlima makan sama-sama. Aku masak lepas junior balik ke Malaysia. Tinggal kami berlima senior kat sini lagi. Esok pagi kena bertolak ke Aachen dengan Lubko untuk amik exam bahasa Jerman kat sana. Junior amik exam kat Malaysia.
![]() |
| Mi goreng basah. Masak guna periuk nasi. |
![]() |
| Telur goreng pun ada. |
![]() |
| Lada sulah tu yang best. |
Ini lah antara makanan yang aku masak kat bumi Jerman ni. Ada lagi menu lain tapi tak amik gambar. Mungkin sebab kelaparan, tak fikir apa dah waktu tu. Terus makanan masuk mulut. Memang best dapat masak-masak kat sini. Lagi-lagi bila ada kawan-kawan yang tolong.
Bersambung ke Sommerkurs di Jerman Part 7: Selamat Hari Raya!
Penukil tersohor:
Ichi Fighting
pada
Monday, July 16, 2018
Labels:
belajar
,
Jalan-jalan
,
Jerman
,
masak
,
student
,
Treuchtlingen
,
UMP
Nov 21, 2015
Resepi Donut Gebu Gebas Cara Aku.
By: Ichi Fighting
Saturday, November 21, 2015
0 Comment
![]() |
| Tunggu giliran untuk digoreng. |
Mula2, sukatan kena betul. Aku refer sukatan dari blog Niza (http://nizapunya.blogspot.my/2013/04/blog-post.html) sebab lebih mudah. Terima kasih Niza.
![]() |
| Sukatan kena betul. Lagi tepat lagi baik. |
Tempoh penyediaan: 1-2 jam.
Tempoh memasak: 15-20 minit.
Jumlah hidangan: 20-25 biji donut.
Bahan A:
2 sudu kecil yis (mauri-pan)
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
*kalau yis tak berbuih, memang tak kembang lah donut tu nanti.
Bahan B:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula (boleh tambah kalau nak lagi manis)
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
2 sudu besar majerin
1 biji telur ayam
Air suam secukupnya
Bahan C:
2 cawan gula halus
Cara2 memasak:
1. Campurkan kesemua bahan A dalam satu bekas dan kacau hingga rata. Tutup dan biarkan selama 10-15 minit bagi yis tu berbuih. Pastikan guna air suam dan kalau yis tetap taknak berbuih, mungkin yis tu dah rosak atau expired. Sila beli baru.
![]() |
| Excited tengok yis berbuih. |
2. Sementara tunggu yis berbuih, sediakan bahan B. Ambil satu bekas besar, satukan tepung gandum, susu tepung, gula dan garam. Gaul hingga rata.
3. Lepas tu, buat lubang kat tengah2, masukkan telur ayam, yis, majerin dan air suam. Uli sampai doh tu tak melekat kat tangan.
4. Tutup bekas besar tu dan biarkan selama 1 jam.
5. Bila doh dah kembang, uli sekali lagi sebab nak keluarkan angin.
6. Biarkan selama 10-15 minit. Tujuannya nak bagi doh tu hilang stress sebab kena tumbuk tadi.
7. Tekap atau bentukkan donut.
8. Panaskan minyak dengan api perlahan, takut nanti donut cepat hangus.
![]() |
| Kembang dan gebu gebas kau! |
9. Lepas dah siap goreng donut tu, boleh lah salut dengan gula halus dan hidangkan. Siap!
![]() |
| Sedia untuk dibedal! |
Setelah bereksperimen, kalau nak donut tu kembang dan gebu gebas, pastikan yis atau mauri-pan tu berbuih. Kalau tak, doh akan ambil masa yang sangat lama untuk mengembang. Mungkin dalam 4-5 jam. Kalau kembang pun, hanya lepas digoreng dan rasanya memang kurang gebu dan keras sikit.
Penukil tersohor:
Ichi Fighting
pada
Saturday, November 21, 2015
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)







































