Showing posts with label doodle. Show all posts
Showing posts with label doodle. Show all posts

Jan 6, 2013

Doodle untuk Korie.

Hari ni memang tak tahu nak buat apa. Esok ada exam. Petang nanti nak sambung study. Dari pagi tadi aku just duduk depan laptop. Tengok cerita kejap sambil makan nasik. Aku baca blog Korie tadi.
http://pinkexia.blogspot.com/2013/01/2013-permulaan-yang-baru.html.
Tertarik nak buat doodle untuk Korie.
Jeng...jeng...jeng...

Gambar asal.
Doodle Korie.

Sep 2, 2012

Doodle Syukur.


Jul 27, 2012

Selamat menyambut Ramadhan al-Mubarak.

Jul 26, 2012

Hari ni bukak pose sorang-sorang. Betul ke tak elok bukak pose kat padang?

Sebelum ni aku bukak pose dengan kawan aku kat kafe. Tapi hari ni dia cakap nak makan kat luar. Budak -budak kelas aku cadang nak bukak pose kat padang MPK3 depan masjid kat Kuantan. Aku tak nak join. Takde selera nak makan kat luar hari ni. Tinggal la aku sorang-sorang kat bilik. Mesti best diorang makan kat sana kan?


Tapi kan aku ada baca atrikel ni. Cakap yang makan kat luar tak elok.

"Senario umat Islam berbuka puasa secara picnic di padang2 dan taman rekreasi menjelang Ramadan dewasa ini berlaku di mana-mana...

Sedarkan anda bahawa tabiat duduk di luar rumah menjelang waktu Maghrib atau senja adalah satu perbuatan yang amat dilarang oleh Rasulullah kerana boleh menyebabkan manusia diganggu oleh jin...

Ya, memang benar syaitan dibelengu pada bulan Ramadan, namun menurut al Habib Kazim as Saqqaf di dalam ceramah awal Ramadannya dahulu, syaitan yang dimaksudkan di dalam hadis tersebut adalah syaitan2 yang kuat dan hebat sedangkan syaitan2 picisan masih berkeliaran mengganggu manusia.. Itu pun manusia tidak dapat tangani..

Ada juga pendapat yang mengatakan bahawa syaitan yang mengganggu dan menghasut hati dan kecenderungan manusia memang dibelengu, sedangkan jin yang masuk dan menyakitkan manusia masih berkeliaran.. WALLAHU A'LAM... berbagai2 pendapat ulamak.."

Ada hadis pasal ni:
"Diriwayatkan dari Jabir RA. : Nabi Muhammad SAW pernah bersabda, “ketika malam turun, dekatkanlah anak-anak kalian kepadamu, karena waktu itu setan bertebaran. Sejam kemudian, kalian dapat melepaskan mereka; dan tutuplah pintu-pintu rumahmu dan sebutlah nama Allah, padamkanlah lampumu dan sebutlah nama Allah, tutuplah minumanmu dan sebutlah nama Allah, tutuplah juga bejanamu dan sebutlah nama Allah, sekalipun hanya dengan meletakkan sesuatu di atasnya”. [HR Bukhari] "
Sumber: [link]

Aku rasa lagi elok kalau makan kat tempat tertutup. Tempat yang dikhaskan untuk makan. Macam kat rumah, kafe, gerai-gerai makan ataupun restoran. Lain la kalau keadaan darurat. Tak de tempat nak berbuka. Yelah time bulan Ramadhan ni memang penuh la tempat makan waktu berbuka kan? Lambat sikit je dah tak de tempat. Yang baik jadikan teladan, yang buruk jadikan sempadan. Selamat berbuka puasa!

Doodle Gadis Bertudung. Ayu je tengok dia ni.

Jul 25, 2012

Doodle Appreciation: Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang.

Kadang-kadang kita demand nak itu nak ini. Langsung tak bersyukur dengan apa yang ada kan? Contohnya makanan. Bukak pose nak makan makanan yang best-best. Beli banyak makanan kat bazar. Time makan mula la nak jadik pengkritik professional. Mengalahkan chef. Bersyukurlah dengan apa yang ada. Walaupun tak kena dengan selera, ingatlah ada orang kat luar sana yang terpaksa bersusah-payah nak dapatkan makanan. Kadang-kadang sampai berhari-hari tak makan. Kesian kan? Bersyukurlah dengan apa yang ada.

Jul 14, 2012

Doodle Maher Zain.

Petang jumaat semalam takde kelas. Time petang kan elok sangat kalau dapat tido atas tilam empuk kan? Tapi takde mood time tu nak tido. Bukak lappy terus buat doodle. Ni kes kat kelas tadi la. Time buat exercise untuk exam, curi-curi lukis doodle. Bagi aku, aku rasa somewhat hepi bila lukis-melukis ni. Bila asyik dengar lagu Maher Zain, timbul pulak idea nak buat doodle Maher Zain.

Jul 12, 2012

#2 Cerita sekeping gambar.

Jul 11, 2012

#1 Cerita sekeping gambar.

Apr 24, 2011

DOODLE bukan NOODLE yer!

Hari ni aku try buat doodle. Saje2 je nk tgk jadik ke x. Tapi doodle yg aku wat ni just gne paint jer. Aku xtau nk wat gne photoshop camner. Just gne photoshop time nk transparentkan background. Hasilnya, kat bawah ni doodle yg aku wat. Doodle muslim n muslimah.
Amacam? Apa pendapat korang? OK x?