Showing posts with label makan. Show all posts
Showing posts with label makan. Show all posts
Nov 21, 2015
Resepi Donut Gebu Gebas Cara Aku.
By: Ichi Fighting
Saturday, November 21, 2015
0 Comment
![]() |
| Tunggu giliran untuk digoreng. |
Mula2, sukatan kena betul. Aku refer sukatan dari blog Niza (http://nizapunya.blogspot.my/2013/04/blog-post.html) sebab lebih mudah. Terima kasih Niza.
![]() |
| Sukatan kena betul. Lagi tepat lagi baik. |
Tempoh penyediaan: 1-2 jam.
Tempoh memasak: 15-20 minit.
Jumlah hidangan: 20-25 biji donut.
Bahan A:
2 sudu kecil yis (mauri-pan)
1/4 cawan air suam
1 sudu kecil gula
*kalau yis tak berbuih, memang tak kembang lah donut tu nanti.
Bahan B:
3 cawan tepung gandum
2 sudu besar susu tepung
4 sudu besar gula (boleh tambah kalau nak lagi manis)
1/2 sudu kecil garam
1/2 cawan air
2 sudu besar majerin
1 biji telur ayam
Air suam secukupnya
Bahan C:
2 cawan gula halus
Cara2 memasak:
1. Campurkan kesemua bahan A dalam satu bekas dan kacau hingga rata. Tutup dan biarkan selama 10-15 minit bagi yis tu berbuih. Pastikan guna air suam dan kalau yis tetap taknak berbuih, mungkin yis tu dah rosak atau expired. Sila beli baru.
![]() |
| Excited tengok yis berbuih. |
2. Sementara tunggu yis berbuih, sediakan bahan B. Ambil satu bekas besar, satukan tepung gandum, susu tepung, gula dan garam. Gaul hingga rata.
3. Lepas tu, buat lubang kat tengah2, masukkan telur ayam, yis, majerin dan air suam. Uli sampai doh tu tak melekat kat tangan.
4. Tutup bekas besar tu dan biarkan selama 1 jam.
5. Bila doh dah kembang, uli sekali lagi sebab nak keluarkan angin.
6. Biarkan selama 10-15 minit. Tujuannya nak bagi doh tu hilang stress sebab kena tumbuk tadi.
7. Tekap atau bentukkan donut.
8. Panaskan minyak dengan api perlahan, takut nanti donut cepat hangus.
![]() |
| Kembang dan gebu gebas kau! |
9. Lepas dah siap goreng donut tu, boleh lah salut dengan gula halus dan hidangkan. Siap!
![]() |
| Sedia untuk dibedal! |
Setelah bereksperimen, kalau nak donut tu kembang dan gebu gebas, pastikan yis atau mauri-pan tu berbuih. Kalau tak, doh akan ambil masa yang sangat lama untuk mengembang. Mungkin dalam 4-5 jam. Kalau kembang pun, hanya lepas digoreng dan rasanya memang kurang gebu dan keras sikit.
Penukil tersohor:
Ichi Fighting
pada
Saturday, November 21, 2015
Jul 25, 2012
Doodle Appreciation: Bersyukurlah dengan apa yang ada sekarang.
By: Ichi Fighting
Wednesday, July 25, 2012
5 Comments
Penukil tersohor:
Ichi Fighting
pada
Wednesday, July 25, 2012
Sep 13, 2011
Nak buat ape ye???
By: Ichi Fighting
Tuesday, September 13, 2011
1 Comment
Hari ke-2 sem 3 kat UMP :
- ntah, aku pon xtahu nak buat aper skrg. Hari ni aku bgn agak lewat. Lam kul 11.30 pagi coz malam tadi tdo pon kul 4 pagi. Bosan gler malam tadi, so nak hilangkan kebosanan tu, aku tgkla movie Diary of A Wimpy Kid 2. Hahaha. Best jugakla citer ni. Time balik rumah cuti rayer aritu sempatla jugak tgk yg first punyer. Kakak aku, Fuzy Zeera la yg mendolod citer tu. Citer ni pasal sorang budak laki, Greg Heffley yg mjalani kehidpn hariannya. Banyak jgkla kisah2 menarik tntg Greg ni. Citer ni adaptasi dpd buku ngan tajuk yg sama oleh Jeff Kinney.
![]() |
| ni versi novel |
![]() | |||
| ni plak versi filem |
sumber : wikipedia
- lepas mandi aku terus pegi kafe kat sebelah blok kolej kediaman aku. Aku suke bli makanan kat kafe paling hujung. Kat sana mmg xramai student. So, sng sikit la nk bli makanan. Tadi aku bli nasik putih, ayam goreng, pajeri nanas n air sirap. Total rm3.50. Bleh tahan jugakla makanan n harga kat cni. So, aku tapau wat balik nasik n makan lam bilik sambil ngadap laptop. Xtahu nk buat per so aku baca la brita2 terkini. Biasanya aku akan bukak metro n berita harian on9. Maklumla skrg aku da xtgk tv kat cni. Bilik tv pon aku xthu kat mana. Xde mase nk buat 'lawatan' sekeliling blok ni.
- lam kul 5 ptg nanti kelas aku nak buat jamuan raye ngn junior kat kafe. Hahaha...aku xnak pegi. Xbest la pegi siang2. Kalo wat malam lagi best. Tapi aku tau, malam mmg xseswai coz xde safety. Ni tempat baru bukak. 'HARD' lagi. Xkan la nk buat bising malam2...kang xpasal2 ader jer yg kene histeria. Harap diorang xmarah aku nanti...
- Malam 6t ingat nk study sket utk persediaan kelas esok. Buku2 xde lagi nk bace. So, ingt nk cari lam lam internet jer. Aku nk skor utk sem ni. Xnak jadik cam sem sblm ni. Truk jgk la result aku berbanding sblmnnya. So, nak xnak, terpaksala bertungkus-lumus dari skrg. Jgn tunggu sampau nasik jadik bubur. Last2 minit baru nk serius. Huhuhu...harap2 sem ni jauh lebih baik dpd sem lepas. HOPE!!!
Apr 25, 2011
TIPS untuk menghadapi EXAM[part 2]
By: Ichi Fighting
Monday, April 25, 2011
1 Comment
Kali ni aku nk bagitau tips ke-2 utk hadapi final exam ni. Utk kali ni, aku nk explain pasal MENJAGA KESIHATAN pada study week n minggu exam. Berdasarkan pengalaman aku, aku tgk sesetengah geng2 aku yg amik exam dulu2 sakit. Biasanya diorang demam n selesema.
So, ni aku nk bg tips utk mengelakkan diri kita dprd mudah dapat sakit time dekat exam ni.

1. Korang mesti jaga pemakanan korang. Jangan makan ikut sedap jer. Kalo boleh korang makan makanan yg banyak vitamin cam sayur2an n buah2an. Kurangkan makan nasi. Sbb ni penting. Dulu lecturer aku cakap yg kalo banyak sgt makan nasi lam satu hari, kita bleh cepat mengantuk. Lebih2 lagi kalo kurang makan makanan yg hijau cam sayur2an. Kalo bleh just makan nasi satu kali sehari.

2. Banyakkan minum air masak. Kalo boleh korang minum sekurang2nya 8 gelas sehari. Tak kesah la kalo lepas tu korang asyik keluar masuk bilik air. Yang penting badan korang segar.

3. Kalo bleh xpayah minum air batu langsung time dekat exam ni. Kalo minum bnyk sangat air batu, tekak akan rasa kurang selesa n ini akan menjuruskan korang kepada batuk2, selesema n demam.

4. Cuba berinteraksi lebih kerap dgn nature. Kalo kita tgk, waktu2 camnila ramai student yg lbh suka terperuk lam bilik. Kalo bleh xnk keluar langsung. Nak study la katakan. Jangan jadi camni. Sometimes korang perlu hirup udara segar. Korang bleh keluar waktu2 petang n pusing kampus . Dgn ni, secara xlgsung dpt menyegarkan lagi badan.

5. Tidor biar cukup. At least 7 jam sehari. Jangan study sampai lewat malam. Korang mesti rancangkan jadual study. Kalo yg biasa stay up tu xpela. Diorang ni biasanya akan tidor dulu waktu2 petang or malam. Pastu pagi2 buta diorang study. Bagi korang yg xbiasa dgn benda ni, korang bleh cuba cara laen. Setkan masa korang utk study selewat2nya kul 12 malam. Pastu terus tidor n sambung balik study esok pagi.

6. And last skali, hindarkan diri drpd memblogging, on9 facebook or tgk aper citer wether Kpop(akoo pon minat Kpop) or movies. Apa yg aku perhatikan, waktu2 camnila diorang semua akan luangkan masa depan laptop or komputer. Kadang2 kita akan mudah rasa letih lps mengadap laptop or komputer berjam2. Cuba gunakan masa ni dgn buat aktiviti2 laen yg menjuruskan korang kpd exam. Kalo bleh, time2 cam ni korang just buat nota2 penting. 6t xpayahla sibuk nk wat nota. Tiba masa utk study, korang just spend masa tu utk study jer.
Aku harap tips yg aku bagi ni dapat membantu korang mghadapi final exam 6ti.
Subscribe to:
Posts
(
Atom
)







