Showing posts with label Exam. Show all posts
Showing posts with label Exam. Show all posts

Dec 28, 2014

Bencana banjir 2014. Final exam semua student UMP tangguh.

Perasaan bercampur-baur. Tak tahu nak gembira ataupun sedih. First paper aku sepatutnya start esok, tapi ditangguhkan ke hari sabtu ni. Semalam runsing sebab selesema teruk. Asyik bersin je. Bekalan ubat dah habis. Pejabat kesihatan UMP tutup. Koop tutup. Terpaksa bergantung kat air botol 100 plus yang aku beli kat kafe.

Penjadualan semula final exam.

Bila dapat tahu exam tangguh, rasa lega. Kang tak pasal2 jawab exam sambil bersin, satu dewan dengar.

Semua paper minggu ni start hari sabtu.

Rasa sedih jugak bila tengok keadaan sekarang. Banjir kali ni lebih teruk dari tahun2 sebelum. Kisah2 tragis pun tak kurang sedihnya.

Bila exam dah tangguh, at least dapat la mana2 student yang rumah banjir, balik tolong famili diorang. Kalau aku kat tempat diorang pun rasanya memang susah nak fokus kat final exam.

Nasib baik aku tak beli tiket bas lagi.

Bila dah jadi macam ni, ramai pulak student yang lelong tiket2 bas balik kampung. Tak jadi balik sebab ada exam. Tapi diorang boleh claim balik duit tiket bas. Nasib baik kan?

Dec 22, 2014

Study week terakhir kini bermula.

Alhamdulillah.
Kejap je masa berlalu. Dah nak masuk 4 tahun setengah aku belajar kat UMP. Macam baru semalam datang daftar kat sini. Rata2 member2 matrik aku dah grad. Degree diorang 4 tahun. Aku je yang lain sikit. Tambah 6 bulan. Dah kos ni macam tu. Follow je la.


So, minggu ni study week. Majoriti kelas dah takde. Student boleh fokus study untuk final exam. Insyaallah ni sem terakhir aku kat UMP. Untuk sem ni ada dua paper final exam. Minggu depan aku ada paper Ethnic Relations dan minggu satu lagi ada paper Digital VLSI System. Harap dua2 paper ni lulus.

Study week kali ni memang mencabar. Hujan turun tak henti2 dari pagi tadi. Banyak tempat dah banjir. Nak study pun rasa malas sebab syok tidur hujan2 macam ni. Tapi bila fikir ni last sem, nak tak nak kena pulun jugak. Harap2 dapat jawab dengan tenang nanti.

Apr 25, 2011

TIPS untuk menghadapi EXAM[part 2]

 
Kali ni aku nk bagitau tips ke-2 utk hadapi final exam ni. Utk kali ni, aku nk explain pasal MENJAGA KESIHATAN pada study week n minggu exam. Berdasarkan pengalaman aku, aku tgk sesetengah geng2 aku yg amik exam dulu2 sakit. Biasanya diorang demam n selesema.

So, ni aku nk bg tips utk mengelakkan diri kita dprd mudah dapat sakit time dekat exam ni.

1. Korang mesti jaga pemakanan korang. Jangan makan ikut sedap jer. Kalo boleh korang makan makanan yg banyak vitamin cam sayur2an n buah2an. Kurangkan makan nasi. Sbb ni penting. Dulu lecturer aku cakap yg kalo banyak sgt makan nasi lam satu hari, kita bleh cepat mengantuk. Lebih2 lagi kalo kurang makan makanan yg hijau cam sayur2an. Kalo bleh just makan nasi satu kali sehari.

2. Banyakkan minum air masak. Kalo boleh korang minum sekurang2nya 8 gelas sehari. Tak kesah la kalo lepas tu korang asyik keluar masuk bilik air. Yang penting badan korang segar.

3. Kalo bleh xpayah minum air batu langsung time dekat exam ni. Kalo minum bnyk sangat air batu, tekak akan rasa kurang selesa n ini akan menjuruskan korang kepada batuk2, selesema n demam.

4. Cuba berinteraksi lebih kerap dgn nature. Kalo kita tgk, waktu2 camnila ramai student yg lbh suka terperuk lam bilik. Kalo bleh xnk keluar langsung. Nak study la katakan. Jangan jadi camni. Sometimes korang perlu hirup udara segar. Korang bleh keluar waktu2 petang n pusing kampus . Dgn ni, secara xlgsung dpt menyegarkan lagi badan.

5. Tidor biar cukup. At least 7 jam sehari. Jangan study sampai lewat malam. Korang mesti rancangkan jadual study. Kalo yg biasa stay up tu xpela. Diorang ni biasanya akan tidor dulu waktu2 petang or malam. Pastu pagi2 buta diorang study. Bagi korang yg xbiasa dgn benda ni, korang bleh cuba cara laen. Setkan masa korang utk study selewat2nya kul 12 malam. Pastu terus tidor n sambung balik study esok pagi.

6. And last skali, hindarkan diri drpd memblogging, on9 facebook or tgk aper citer wether Kpop(akoo pon minat Kpop) or movies. Apa yg aku perhatikan, waktu2 camnila diorang semua akan luangkan masa depan laptop or komputer. Kadang2 kita akan mudah rasa letih lps mengadap laptop or komputer berjam2. Cuba gunakan masa ni dgn buat aktiviti2 laen yg menjuruskan korang kpd exam. Kalo bleh, time2 cam ni korang just buat nota2 penting. 6t xpayahla sibuk nk wat nota. Tiba masa utk study, korang just spend masa tu utk study jer. 

Aku harap tips yg aku bagi ni dapat membantu korang mghadapi final exam 6ti.

Apr 23, 2011

TIPS untuk menghadapi EXAM[part 1]

Sedar xsedar...final exam dah makin hampir...tinggal beberapa hari je lagi. Kepada korang yg akan amik exam tu, dun worry. Jangan sesekali korang rasa takut utk amik exam. Kat cni aku nk bagi beberapa TIPS utk korang praktikkan di saat exam menjelang tiba ni.
Korang mesti sentiasa bersiap sedia ngn nota ringkas korang. Yela...xkan la nk study last2 minit ni dgn buku2 rujukan yg tebal2. Kan susah 6t kalo nk bawak kehulu kehilir. So, aku nk bgtau korang mcm mana nk buat kertas mini utk nota ringkas. Benda ni aku biasa buat time nk exam. 

1. Mula2 korang amik sehelai kertas A4. Pastu korang lipatkan kertas tu, biar satu garisan paksi simetri terbentuk.
2. Lps tu, amik pisau mesin or gunting n potong kertas tu mnjadi 2 bahagian.

3. Kedua2 kertas tu korang susun biar bertindih. Kemudian lipatkan lagi kat tgh2. Dan amik pisau or gunting n terus potong.

4. Skrg kertas A4 korang dah dibahagikan kpd 4 bahagian. Ikut step2 ni pada beberapa helai kertas A4 yg laen.

5. Lepas tu, korang susun kertas2 yg telah dipotong tu n stapler kat penjuru atas sebelah kiri.
Tada...siapla kertas nota korang. Korang bleh tulis nota2 yg penting kat cni. Lps ni xde la ssh2 nk bawak buku rujukan yg besar lagi berat tu...

p/s : korang bleh jgk guna kertas A4 yg berwarna warni. Apa yg aku tahu, warna2 dpt merangsang minda kita. So, ni sedikit sebanyak dapat membantu korang mengingat sesuatu perkara tu dgn mudah.